“Buka bonet.”
“Penuh.”
“Hah?”
“Sementara tunggu kau sampai, aku pergi beli barang untuk Aayan.”
“Aayan siapa?”
“Anak Aaisyah... Eh, aku kena sebut anak aku. Anak aku. Nanti aku kantoi pula.”
“Ah, kau ni...”
“Kau kena pangku beg kau.”
“Kenapa dengan tempat duduk belakang? Kau beli apa lagi? Barang untuk Aaisyah pula ke?”
“Aku beli buku. Baju kahwin. Dan... Ada beberapa barang Aayan lagi. Patut ke aku beli barang Aaisyah? Aku tak ada beli apa-apa pula untuk dia.”
“Hesy...”
“Inilah masalah bila pakai kereta sport. Sebab itu, orang dah ada anak... Pakai kereta mini van. Nampaknya aku kena cari satu mini van. Kau tengok, car seat baby pun... Dah makan space!”
Hakim berdiri tegak depan pintu.
Dia memandang aku.
“Apa lagi, masuklah. Baegopa! (Aku lapar!)”
“Ha... Tujuh jam menunggu aku sampai, tak lapar pula kau ya. Seronok shopping, tak ingat dunia. Dah la aku ni mengantuk, kerja banyak, kena maki dengan Datuk Fateen lagi... Kawan tak guna la, kawan tak jaga kawan la...Dan sekarang aku kena pangku beg aku pula.”
“Yang kau bawa beg macam kau nak pindah ke sini ni kenapa? Siap bawa bantal keliling pinggang. Kenapa? Kalau terhempas bantal-bantal tu boleh jadi pelampung ke?”
“Tak guna.”
Aku tersengih.
“Masuklah cepat. Aku banyak kerja lain.”
Hakim masuk ke dalam kereta. Cukup marah dia kena pangku beg dia. Travel macam perempuan, semua nak dibawanya. Dia sempat memandang ke arah tempat duduk belakang.
“Buku apalah yang kau beli ni?”
Tangan panjang Hakim mencapai salah sebuah buku.
“Kenapa kau beli buku tetek ni?”
“Hesy... Bukan buku teteklah. Buku about breastfeeding. Aaisyah ada masalah nak keluarkan susu dan aku belilah buku tu. Kebetulan aku ternampak masa aku nak beli cincin.”
Dan...
Lebih teruk gelengan kepalanya.
“Mwo? Mwo? (Apa? Apa?) Jangan pandang aku macam tu la. Bukan aku buat jenayah pun.”
“Kahwin ajelah betul-betul sebab kau dah macam kahwin betul-betul aje.”
“Baguslah.”
“Apa yang bagus?”
“Kau sendiri nampak macam aku kahwin betul-betul. Nampaknya... Aku memang di jalan yang betul!”
#MrGroom
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過41萬的網紅Aisyah Habshee,也在其Youtube影片中提到,start dari hari jumaat, aisyah ada last class which was a presentation. then macam biasalah, meniaga kat bazaar. Dalam perjalanan ke bazaar, timbul is...
「apalah kau ni」的推薦目錄:
- 關於apalah kau ni 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於apalah kau ni 在 Facebook 的最佳解答
- 關於apalah kau ni 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於apalah kau ni 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
- 關於apalah kau ni 在 Apalah Kau Ni | Facebook 的評價
- 關於apalah kau ni 在 Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube - Pinterest 的評價
- 關於apalah kau ni 在 Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube - Pinterest 的評價
- 關於apalah kau ni 在 YouTube - Aplikasi di Google Play 的評價
apalah kau ni 在 Facebook 的最佳解答
‘Awaluddin Makrifatullah’ Boleh abang mayat terangkan Awal agama mengenal Allah?
******
Alkisahnya, Abang mayat tak pandai sangat bab ni, jadi mari kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…
Orang yang saya maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.
Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi, “apa tugas saya?”
Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan! Dan Nabi belum suruh Abu Bakar Solat sebab wahyu bab solat belum turun masa tu, jadi..
Apa Nabi cakap?
“kerja saya, kerja kamu”
Apa kerja Nabi?
“Dakwah manusia kepada Allah..”
Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN SAYA dapat amal agama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..
Tak ke hampeh?
Maka fahamlah saya bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!
Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?
Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..
Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…
Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!
Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..
Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…
Saya ulangi,
'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'
Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, Nabi Muhammad di baling batu, apa jawab Nabi: “asal Allah redha”sebab Nabi kenal Allah dan kenaldirinya sendiri.
Jadi cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!
Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu bakar RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana agama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..
Apa lagi nak di kata?
Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah
Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,
Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan saya? Pada musuh? Saya tak peduli, asal Engkau redha”
Apa lagi nak di kata?
Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:
Saya ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..
Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..
Saya kalau pergi pasar malam, saya tahu apa bini saya suka makan dan apa benda yang bini saya tak suka makan..
Kadang kadang bila nampak apa yang bini saya suka,, saya akan terbayang wajah bini saya yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini saya yang akan nampak kehenseman saya di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang saya yang kacak.., woha!
Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca FB waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!
Woha!
Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..
Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah dan betapa besarnya Rahmat Allah!
Faham?
Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…
Now you know
Woha!
apalah kau ni 在 Facebook 的最讚貼文
“Pengantin? Pengantin apa pula ni?”
“Tak ada apalah. Olive punya idea merapu. Anyway... Aku nak balik. Hal kad tu... Jangan beritahu mama. Nanti aku bayarlah. Pelik bila buatkan kad untuk aku tapi duit kena catu pula. Apa guna ada kad unlimited.”
“Aku call sebab aku concern kenapa kau kat hospital? Jangan salah faham pula.”
“Yalah-yalah. Kau dah kat JB ke?”
“Belum la. Aku gerak esok.”
“Okeylah.”
“Anyway, tahniah Ozan...”
“Untuk apa?”
“Jadi, ayah...”
“Hesy!”
Tapi...
Bayi tu tadi, memang comel sangat buat aku lupa semua masalah aku buat seketika. Bila dia ada dalam dakapan aku... Aku rasa sedih bila aku fikirkan dia lahir tanpa ayah. Sewaktu aku azankan dia tadi, aku pula yang menangis...
Haih...
Kasihan dia.
Entahlah ayah bayi tu meninggal atau kat Malaysia... Tak payahlah fikir. Doakan ajelah semuanya baik-baik.
Baru aje aku nak gerak ke kereta...
Telefon aku berbunyi sekali lagi.
Aku ingatkan Hakim, tapi tak...
“Ada apa pula lagi ni? Tolonglah... Jangan ada cerita yang pelik-pelik. Cukuplah banyak sangat kejutan dalam masa satu hari ini.”
“Kejutan? Abang yang buat kita orang terkejut kat sini tau!”
Dahi aku berkerut. “Abang? Abang buat apa?”
“COO Omami Food dah kahwin dan... Ada anak. Olive suruh abang cari pengantin. Tapi, apa cerita sampai boleh ada anak pula? Takkanlah... Abang sebenarnya memang saja nak buat kejutan kat Olive? Suruh opah datang konon walhal... Nak buat kejutan macam ni. Padanlah Olive suruh balik abang tak nak. Ini memang betuk-betul K-drama tau!”
“Errr... Kejap-kejap... Mana pula Olive tahu ni?”
“Dah viral video abang azankan baby dan ada komen kat bawah yang tag nama abang. Siap ada komen macam... Nak husband material macam ni. Sah, tak lama lagi mesti masuk akhbar. Seriously, abang? Abang ada anak dan abang tak beritahu Olive? Olive tak rasa benda ni macam lakonan. Since... You cried! Dalam video tu, you... Cried! Olive jadi mak su dah ke?”
Dan...
Tiba-tiba...
Mata aku gelap.
Langkah aku terhenti.
Aku rebah!
#MrGroom
apalah kau ni 在 Aisyah Habshee Youtube 的最佳解答
start dari hari jumaat, aisyah ada last class which was a presentation. then macam biasalah, meniaga kat bazaar. Dalam perjalanan ke bazaar, timbul isu kawin kawin ni sebab Abang aisyah sorang dah kawin, lagi sorang inshaAllah bulan 7 ni...... Aisyah perlu ready je la mentally dan emotionally untuk jawapan jawapan waras. apalah nasib hahahah
follow aisyah kat instagram
@aisyahhabshee
Organizer makeup daripada MRDIY
Thank you Guardian for sending me the stuff ! ehehhehe
if baca description ni, Comment "raya jangan main mercun"

apalah kau ni 在 Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube - Pinterest 的推薦與評價
Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube. Visit. Save. More like this. 1. Tau, Pins. tau yg pnting sama kamu. More information. ... <看更多>
apalah kau ni 在 Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube - Pinterest 的推薦與評價
Apa Kau Merepek ni Syaitooon !!! - YouTube. Visit. Save. More like this. 1. Tau, Pins. tau yg pnting sama kamu. More information. ... <看更多>
apalah kau ni 在 Apalah Kau Ni | Facebook 的推薦與評價
Apalah Kau Ni फेसबुकमा छ । Join Facebook to connect with Apalah Kau Ni and others you may know. फेसबुकले मानिसहरुलाई ... ... <看更多>